Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat mahupun isu-isu semasa yang tidak pernah sunyi daripada membabitkan diri pendidik. Bidang perguruan sering dianggap sebagai profesion kelas pertengahan yang jauh ditinggalkan bidang-bidang profesional yang lain seperti kedoktoran, perundangan mahupun bidang perakaunan. Masyarakat menganggap bidang perguruan sebagai pilihan terakhir yang menjadi pilihan setelah tiada kerjaya profesional lain yang sesuai atau disebabkan mengelakkan diri daripada menganggur.
Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk murid membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Profesionalisme diri meupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepajang hayat. Ini merupakan suatu proses yang memerlukan guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran, menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran, serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh para pendidik hari ini dalam merealisasikan aprisiasi negara khususnya mewujudkan perpaduan antara kaum sangat besar.
Golongan pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru berperanan sebagai ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap akauntabiliti, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi memerlukan guru menguasai dan memahami sepenuhnya konsep perguruan dan profesionalisme perguruan ini. Pendidik daripada kaca mata Islam juga merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Dalam paparan blog ini akan mengupas konsep profesion perguruan yang seharusnya diketahui untuk merealisasikan guru sebagai seorang yang profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan