PENGERTIAN KONSEP

KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi,, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonami individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan penndidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan, 'profesion' adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Gambar kenangan bersama guru-guru praktikal

       Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (2005), merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonami bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita, perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan daripada profesion (Awang Had Salleh 1980). Nilai tara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan tersebut. Nilai tara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
Sesi perbincangan oleh murid semasa sesi PdP 

           Salah satu dimensi profesionalisme adalah kerelaan guru berkenaan untuk melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka. Seorang guru yang cemerlang harus mengamalkan pendidikan sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilah-istilah baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam pendidikan.
Penggunaan alat teknologi semasa PdP berlangsung

          Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru yang berpegetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tau, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas. Beliau juga harus mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan seiring dan bertambah ilmu mengenai isu-isu semasa yang dibincangkan oleh masyarakat di negara ini.
 
Aktiviti di luar bilik darjah sempena sambutan Hari Deepavali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LAMAN UTAMA

KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar: Pengamal Refleksi dan Pembangunan Profesionalisme Moderator: Siti Suhaila binti ...